I LOVE THIS ARTICLE !!!!
actually i read this article in KOSMO..
13 MAC 2009
DAHULU apabila anak remaja menyuarakan keinginan untuk memilih kerjaya sebagai tukang masak atau chef, pasti mereka mendapat reaksi yang agak skeptikal daripada ibu bapa mahupun masyarakat sekeliling.
Alasan biasa yang diberikan ialah bidang tersebut tidak profesional berbanding jika memilih bidang kejuruteraan, guaman atau perubatan.
Apatah lagi, jika anak lelaki yang bersungguh-sungguh ingin meneroka kerjaya tersebut. Ibu bapa akan pening kepala memikirkan hala tuju anak mereka.
Berbeza pula dengan persepsi ibu bapa zaman ini. Hari ini, memasak merupakan satu keperluan asas yang perlu dilakukan kedua-dua jantina. Ia begitu popular di kalangan anak muda lepasan sekolah menengah, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Bagi penyelaras acara di salah sebuah syarikat realiti televisyen tempatan, Mohd. Hanif Ahmad, 26, bidang masakan sudah menjadi rutinnya.
MEMASAK sudah sebati dan menjadi
rutin Mohd. Hanif.
rutin Mohd. Hanif.
Kata beliau, memandangkan dia begitu sibuk dengan tugasan kerja di pejabat, memasak adalah sebahagian aktiviti untuk menenangkan fikirannya yang kusut.
"Kalau saya dilanda masalah atau dibebani tugasan yang banyak di pejabat sehingga mengganggu fikiran, apabila pulang ke rumah, saya terus membeli barang-barang memasak dan mencuba sesuatu masakan yang baru.
"Menyediakan makanan bukan bermaksud memasak dalam kuantiti yang banyak, cukup sekadar satu atau dua menu.
"Lagipun saya tinggal bujang, serumah dengan rakan sepejabat. Rugi rasanya kalau kami tidak dapat menghabiskan makanan yang dimasak itu," katanya dia sanggup melayari Internet semata-mata untuk belajar cara memasak dan menyediakan menu masakan.
Adakah bidang masakan hanya sesuai untuk golongan wanita? "Aktiviti memasak bukanlah kerja rumah yang perlu dilakukan oleh golongan wanita sahaja, lelaki juga mempunyai tanggungjawab yang sama.
"Memasak adalah satu keperluan, baik lelaki mahupun wanita. Dunia hari ini dikuasai golongan bekerjaya, sama ada mereka yang berumah tangga mahupun bujang, sehubungan itu golongan tersebut seharusnya bijak menguasai bidang masakan.
"Lelaki zaman ini harus mencuba pelbagai bidang, tidak kira apa jua bidang atau kerja rumah yang dilakukan golongan wanita.
"Bukan saja kena tahu memasak, malah mengemas rumah, menyapu lantai dan menghias rumah," kata anak bongsu daripada lima adik-beradik itu.
Beza antara lelaki dan wanita bila memasak ialah lelaki akan mencampak apa sahaja bahan-bahan yang sedia ada, manakala wanita lebih teliti dalam hal melibatkan penyediaan menu dan masakan.
Justeru tambah Hanif, keinginannya melanjutkan pelajaran dalam bidang katering terbantut apabila dia gagal memperoleh tawaran untuk jurusan tersebut.
"Saya memohon melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan dalam jurusan katering, tetapi lain pula bidang yang saya terima iaitu seni persembahan.
"Memandangkan ketika itu wang tidak mencukupi untuk melanjutkan pelajaran di kolej swasta, saya akur dengan keputusan yang diterima," katanya minat dalam bidang masakan berputik sejak berusia 16 tahun.
Jelas anak jati Alor Setar, Kedah itu, walaupun gagal melanjutkan pelajaran, tidak bermakna dia terus gagal mencapai segala keinginan yang diharapkan.
Celah rakan serumahnya, Mohd. Afiq Abdul Wahab, 23, memasak melambangkan maskulin dan jiwa seorang lelaki. "Walaupun memasak dikategorikan pelbagai tanggapan, namun lelaki yang gemar bidang masakan dianggap sebagai lelaki maskulin.
"Saya menyangkal pendapat bahawa lelaki memasak dikatakan lelaki lembut. Pada era globalisasi, ramai golongan lelaki menjadi chef di hotel-hotel terkemuka dan melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di peringkat yang lebih tinggi.
"Bagi saya juga, lelaki yang gemar memasak di rumah disebabkan untuk mengurangkan kos perbelanjaan yang kian meningkat.
"Tambahan pula, semua barang mahal, perkara sebegini memaksa golongan lelaki menyediakan sendiri makan dan minum secara sendiri di rumah," katanya.
Sementara itu, Chef Sous dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Bakhtiar Sumari berpendapat, lelaki yang minat bidang masakan adalah suatu gaya hidup dan kerjaya.
Mengapa di hotel lebih ramai kaum lelaki menjadi tukang masak berbanding wanita? Beliau memberitahu, bidang masakan di hotel atau restoran merupakan tugas yang agak berat. Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk memasak pelbagai jenis masakan dalam kuantiti yang banyak.
Tambahnya, mungkin waktu kerja yang tidak menentu dan terpaksa melakukan kerja-kerja berat merupakan faktor industri perhotelan kekurangan tukang masak wanita.
"Kami bukan setakat memasak, malah perlu menguruskan persiapan bufet, merangka promosi untuk dua atau tiga bulan akan datang dan berurusan dengan pihak pengurusan hotel," ujarnya.
Chef Bakhtiar juga menyifatkan keadaan kerja-kerja di dapur agak kasar dan tidak begitu sesuai untuk kaum wanita. menurut beliau, kaum wanita lebih ramai menjadi tukang masak untuk pastri kerana pembuatan pastri memerlukan seorang yang penyabar dan kreativiti untuk menghias.
Tambahnya, tidak dinafikan wanita lebih teliti dalam bidang masakan berbanding lelaki. "Lelaki hanya menggunakan apa saja barang yang ada di rumah, sebaliknya wanita bersikap lebih teliti."
5 comments:
sebati dgn diri huh?
of course la ash!!!
hahahhahh..
hmm..bg aku pun..lau aku tgk mak dgn bapak aku,lg best lau bapak aku kOwt yg masak..huhu
laki nie better pe in kitchen..
tp betullah article tue=)
yes ..
tp in the real industry mang tough la..
even yg tgh study ni pon kene marah tuh perkare biase..
Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....
Post a Comment