Tuesday, February 7, 2012

I'm Married


eh tak. tapi insyaallah pasti akan berlaku bila masa tersebut tiba. dengan alunan kompang yang memecah sepi, di iringi juga dayang dugong membawa dulang hantaran.. berjalan menuju ke pelamin yang tersergam indah *eh mimpi ke ape ni*

sepanjang minggu ni ya Allah, ramai gile yang menuju ke gerbang perkahwinan. ye perkahwinan! Bagi aku this is a phase where we put our self to the next level *macam kau dulu kanak-kanak nak masuk alam dewasa dengan berkhatan* ehh boleh mcm tu?

bile orang ckp pasal bende ni perkara pertama yang akan aku respon adalah

* euuwww. gelilah

* ala awal lagi. br masuk degree tak abes blaja lagi

* banyak la kau. esok anak bini nak mkn ape? pasir?


dan banyak lagi respon ape ape yang entah hape hape.
kenapa aku bercakap pasal kahwin kahwin ni? *tak geli pulak*

Basically this is a response due to my cousins. Yeah by this Saturday my oldest cousin, he will getting married. Hello cucu pertama okeyh dari belah ayah aku. Ade lagi 39 cucu berderet yg kecik kecik lagi and solo and masih mentah *macam aku.. erk?*

Itu satu. Ade lagi sorang perempuan, sebaya aku dan sudah bekerja. Semalam pihak lelaki sudah merisik dan akan bertunang selang seminggu lepas cousin aku bersanding pada 18 Mac 2012. I was like cepatnyeeeeee ! Aku terasa diri ni memang tersangat lah tua.

Padahal ramai je kawan kawan aku yang sudah kawen. dapat anak sudah :)

Macam mane diorang berani nak menghadapi semua bende ni? kenape diorg so strong to take it as a new huge responsibility? as for me, yes I'm still not ready.. ahhhh
ewahhh aku over pulak. Pasangan pon tak de lagi. hehehehe

Dan sepanjang minggu ni juga, aku dgn semua aunty and my cousin talking about marriage. Excited you know! hahahaha. Now, this matter is not taboo anymore for me. I become more positive and honest. This is something normal as a normal and sane human being. This is cycle of life people ! Get a life *ehh tetibe*

My mum love to asking me who is my partner. She always advice me and my siblings about to find a partner as at the earlier time. Macam time umur aku ni haaa. katanya esok esok kita dah tau sape pilihan kite. I know she said that because some of my aunt and uncle did not marry yet as their age is increasing. She so worried. Seriuosly. Mule lah sebok nak jadi ejen cr jodoh la kan. Aku pulak tukang pasang telinga # ehh kantoi. buruk perangai

My mum penah ckp tak sempurna keimanan seseorg sekiranya tak kahwin kahwin. Sedangkan Nabi Muhammad juga berkahwin kan? kalau salah tolong perbetulkan ya..

Setiap perkahwinan yang dilakukan insyaallah rezeki akan dtg walaupon sesusah mane hidup kita. Jangan pula kita hanya mampu merenung nasib dan tak usaha. Rezeki anak itu ade :) *kemain aku hahha

No matter what, when the times come the thing will happen. with Allah's willing, I trust qada qadar. So sebelum tu kite ni betulkan lah ape yg tak betul dlm diri ini sebelum nak melangkah ke alam baru tu. Kite nak bimbing orang dan menjadi ketua keluarga. Sangat mencabar. Emosi, jiwa, kehidupan, dan segalanya kene lah seimbang seiring dgn hala tuju yang diaajarkan oleh syarak.

Untuk cousin I, dulu kite dari kecil bermain bersama. Makan bersama, shopping, menangis, ketawa, gossip, dan segalanya bersama lah.. Now korang melangkah ke alam baru, alam penuh liku dan onak duri. Moga selamat segalanya dan dilimpahkan rezeki dengan banyak dan barakah :)







boleh tak kawen nanti nak theme color mcm kat atas?? pastu haute couture? bole?
sangat gorgeus and rare. sekurangnyer tak ahhh nak suruh bini pakai skirt pendek walaupon sponsor. erk. sape Vera Wang punye design? saya punya Elie Saab. mampu?

*BELOM PAPE DAH OVER*


2 comments:

Mawardi yunus said...

hahah.. apa yang penting stabilkan keuwangan dulu.huhu

Anonymous said...

Macam rasa tempias2 sikit la dgn statement yg ni :D