Sempena program ”Penang Beach Carnival 2010”, program ”Eastin Challenge Trophy Cooking Competition” dan pertandingan ”Mr Beach Carnival 2010” yang bakal dianjurkan di persisiran pantai Golden Sand Resort di Batu Ferringhi pada 28 November 2010 TELAH DITUNDA ke hari Sabtu, 18 Dis 2010 sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Tun Dr Lim Chong Eu dan keluarga mendiang. Segala kesulitan amat dikesali.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Eastin Hotel Penang kerana dengan murah hati berkerjasama dengan Kerajaaan Negeri menaja pertandingan memasak. Terima kasih juga diucapkan kepada Petronas Dagangan Berhad kerana turut serta menaja gas masakan pada hari pertandingan.
Program ini dapat mencungkil bakat yang ada pada orang muda kita kerana pertandingan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari institusi pengajian tinggi. Kriteria untuk para peserta layak digelar juara pertandingan ini agak tinggi. Melalui ini akan lahir junior chefs yang berbakat.
Pada hari Sabtu, 18 Disember 2010 ini, saksikan 54 chef muda bertanding dari segi masakan [cooking] dan ”carving”. Para peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan akan diberi masa 2 jam untuk bertanding. Oleh itu, pertandingan ini akan bermula dari jam 11 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah pada jam 6.30 petang.
Semua rakyat Pulau Pinang dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ”Penang Beach Carnival 2010”.
1 comment:
good luck! (^_^)
Post a Comment